Selain bahana Lidah yang kita tak tahu,
Ramai di antara kita yang suka menggunakan kaedah yang mudah iaitu
menggunakan lidah untuk melekatkan setem dan untuk melekatkan sampul
surat.. Tapi tahukah anda sebenarnya pebuatan ini boleh memudaratkan
kepada kesihatan anda satu hari nanti.
Buktinya, ada seorang wanita yang bekerja di pejabat pos di
California tidak menggunakan span untuk melekat sampul surat tapi
sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Selang
beberapa jam, perempuan itu mendapati terdapat luka kecil pada lidahnya.
Apabila luka itu makin lama makin membengkak, wanita tersebut terus
mendapatkan rawatan di klinik. Tapi malangnya doktor tersebut hanya
menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.
Walaupun tidak merasa sakit, perempuan itu mendapati luka di lidahnya
semakin membengkak dan membesar. Akibat kerisauan, wanita tersebut
terus berjumpa doktor dan memaksa doktor itu memeriksa dengan lebih
teliti di bahagian lidahnya. Doktor menyuruh perempuan itu menjalani
ujian X-ray dan hasilnya doktor itu mendapati terdapat satu benjolan
pada lidah perempuan itu.
Akibat benjolan itu, doktor mengarahkan perempuan itu untuk
menjalankan pembedahan kecil pada lidahnye. Tetapi apa yang berlaku
ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut,
seekor lipas keluar daripada lidah perempuan itu. Kesimpulannya terdapat
telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya tempoh hari dan
telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.
Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menjelaskan :
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang
terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”
“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat pelekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”
“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah
faham mengapa.
“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”
P/s : lihat? bagaimana hanya dengan kelekaan kita, satu musibah boleh
menimpa kita.. jadi berwaspadalah ketika melakukan sesuatu perkara..
No comments:
Post a Comment