Friday 12 October 2012

JANGAN JILAT SAMPUL SURAT DENGAN LIDAH..


Selain bahana Lidah yang kita tak tahu, Ramai di antara kita yang suka menggunakan kaedah yang mudah iaitu menggunakan lidah untuk melekatkan setem dan untuk melekatkan sampul surat.. Tapi tahukah anda sebenarnya pebuatan ini boleh memudaratkan kepada kesihatan anda satu hari nanti.

Buktinya, ada seorang wanita yang bekerja di pejabat pos di California tidak menggunakan span untuk melekat sampul surat tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Selang beberapa jam, perempuan itu mendapati terdapat luka kecil pada lidahnya. Apabila luka itu makin lama makin membengkak, wanita tersebut terus mendapatkan rawatan di klinik. Tapi malangnya doktor tersebut hanya menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.

Walaupun tidak merasa sakit, perempuan itu mendapati luka di lidahnya semakin membengkak dan membesar. Akibat kerisauan, wanita tersebut terus berjumpa doktor dan memaksa doktor itu memeriksa dengan lebih teliti di bahagian lidahnya. Doktor menyuruh perempuan itu menjalani ujian X-ray dan hasilnya doktor itu mendapati terdapat satu benjolan pada lidah perempuan itu.

Akibat benjolan itu, doktor mengarahkan perempuan itu untuk menjalankan pembedahan kecil pada lidahnye. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah perempuan itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya tempoh hari dan telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menjelaskan :

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat pelekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”


P/s : lihat? bagaimana hanya dengan kelekaan kita, satu musibah boleh menimpa kita.. jadi berwaspadalah ketika melakukan sesuatu perkara..

PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V

Distrik Gangnam, Simbol Kehidupan Mewah
Gangnam adalah nama distrik atau kawasan di Korea Selatan. Dari segi nama, Gangnam berarti bagian selatan sungai. Letak Gangnam sendiri ada di dekat sungai Han.

Distrik ini dikenal sebagai simbol kekayaan dan pendapatan yang melimpah di Korea, sehingga Gangnam menjadi salah satu distrik yang terkenal dengan kehidupan mewah, glamour dan selera fashion yang sangat tinggi.


Bisa dikatakan, Gangnam adalah pusat orang-orang berduit, kawasan real estate super mewah dan tempat dimana berbagai perusahaan kelas dunia berdiri (Samsung, Hyunday, dsb).

Jika Anda penggemar K-Pop, maka di sinilah berdiri kantor management artis yang sangat besar, yaitu S.M. Entertainment (Super Junior, SNSD, dsb) dan JYP Entertainment (Wonder Girls, 2PM, Miss A, dsb).

Dengan segala kehidupan mewah yang ada di dalamnya, Distrik Gangnam sering dijuluki Beverly Hills-nya Korea.


Kemewahan Dunia dan Pusat Operasi Plastik

Sama seperti kawasan mewah lain di seluruh dunia, Gangnam adalah distrik yang tidak pernah tidur. Bagi para pecinta mode kelas dunia, Gangnam menawarkan surga belanja yang siap menguras kantong.

Anda dengan mudah menjumpai etalase barang bermerek seperti Gucci, Dolce Gabana, Prada, Giorgio Armani, Banana Republic dan berbagai fashion line kelas dunia lainnya. Mall terbesar di Seoul juga terletak di Gangnam, namanya COEX Mall.

Sudah menjadi rahasia umum bahwa warga Korea Selatan terbiasa dengan operasi plastik agar semakin menawan.

Di kawasan inilah Anda bisa menikmati fasilitas operasi plastik di tangan dokter-dokter terbaik. Gangnam menjadi tempat bagi wanita dan pria yang ingin melakukan berbagai perubahan fisik melalui operasi plastik.


Kritik Sosial Dalam Gangnam Style

Jika Anda membaca arti lirik Gangnam Style, sebenarnya lagu ini adalah kritik sosial atas kemewahan yang ditawarkan Distrik Gangnam.

Seseorang rela tidak makan demi bisa minum kopi di salah satu restoran Gangnam, karena menjadi bagian dari Gangnam adalah sesuatu yang dianggap sangat keren.

MELETUP!!!
Gangnam Style meletup di dunia..ap tak nye bnyak org dpt mnari lgu ini...tpi.adekah anda thu ape maksud GANGNAM STYLE...ini dia..
 

 

GANNAM STYLE 


Gangnam tidak melupakan tradisi Korea Selatan. Di sana ada berbagai kawasan budaya dan seni, misalnya saja Museum Kimchi, Horim Art Center, Coreana Art & Culture Complex, Kuil Bongeunsa, berbagai toko yang menjual barang khas Korea Selatan, rumah makan yang menyajikan masakan Korea, dan sebagainya.

Jika suatu hari nanti Anda mengunjungi Distrik Gangnam, pastikan Anda membawa banyak uang. Pastikan juga penampilan Anda pantas dan mewah, karena cara Anda berpakaian menjadi hal yang sangat sensitif di kawasan Gangnam.

Description: Pengertian Dan Fakta Unik Gangnam Style Rating: 3.5 Reviewer: Ga Gaptek ItemReviewed: Pengertian Dan Fakta Unik Gangnam Style

Aku Suka Dia Ainan Tasneem Official MV HD



Aku Suka Dia..

KERJA KURSUS GEOGRAFI PENCEMARAN ALAM SEKITAR



ISI KANDUNGAN

BIL
PERKARA
M/S
1
TAJUK

2
ISI KANDUNGAN

3
PENGHARGAAN

4
PENDAHULUAN

5
OBJEKTIF KAJIAN

6
KAWASAN KAJIAN

7
KAEDAH KAJIAN

8
DAPATAN KAJIAN

9
RUMUSAN

10
LAMPIRAN

11
RUJUKAN



PENGHARGAAN


Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMKA Sheikh Abdul Malek iaitu Puan Hajah Rabiah Bt Abdul Samat kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada guru Subjek Geografi saya iaitu Pn.Raja Nordiana Bt Raja Abdullah kerana telah meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus ini.Dengan bimbingan beliau,akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya,saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu dan bapa saya iaitu Roni Bin Mamat dan Jawahir Binti Zainal.Mereka banyak menyokong saya dari segi moral dan memberi inspirasi kepada saya untuk menjalankan tugasan ini.Bantuan mereka telah memberi impak yang besar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Selain itu,saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Aiman Najhi Bin Mohd Nazri dan Mohamad Arif Aiman Bin Mohd Shukri serta rakan seperjuangan saya di kelas 2 Bukhari .Mereka telah banyak membantu saya dalam tugasan ini seperti memberi idea dan dorongan untuk menjalankan tugasan ini.Semoga bantuan mereka bernilai dan dapat digunakan untuk tugasan ini.

 PENDAHULUAN


                     Bagi memenuhi sukatan pelajaran Geografi,pelajar-pelajar tingkatan 2 diarahkan oleh guru mata pelajaran Geografi masing-masing untuk menjalankan kajian bertajuk Pencemaran Alam Sekitar.
                     Saya memilih Kampung Hiliran ,Kuala Terengganu,Terengganu sebagai kawasan kajian saya kerana merupakan tempat saya tinggal. Di kampung ini juga terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu,terdapat juga jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk ke Bandar Raya Kuala Terengganu.
                Setiap pelajar diminta menyiapkan kajian ini secara individu. Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kajian ini adalah selama 4 minggu.Semoga saya dapat menyiapkan kajian ini dalam masa yang diberikan.
  

 OBJEKTIF KAJIAN


Antara objektif kajian ini termasuklah:
v  Untuk mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar
v  Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar di Kampung Padang Hiliran
v  Mengetahui punca pencemaran alam sekitar di Kampung Padang Hiliran
v  Mengetahui kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Padang Hiliran
v  Memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Padang Hiliran
v  Berusaha menerapkan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian.
 

  KAWASAN KAJIAN

  
Kawasan kajian yang saya pilih bagi melengkapkan kajian ini ialah Kampung  Hiliran,Kuala Terengganu.Kampung ini terletak dalam Parlimen Kuala Terengganu dan diselenggara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Dahulunya, kampung ini ialah kawasan sawah padi.Kini,kawasan ini menjadi kawasan petempatan dan perniagaan.
 Kawasan ini terletak di selatan negeri Terengganu.Kampung ini terletak di daerah Kuala Terengganu.Kampung ini hanya berjarak 7 Kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan mengambil masa selama 15 Minit untuk ke Bandar Kuala Terengganu.
Pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan ini ialah kaki bukit yang beralun.Terdapat juga tanah pamah yang terdiri daripada tanah aluvium.Terdapat beberapa pasar raya dan perumahan yang dibina dalam kampung saya.



KAEDAH KAJIAN


Ø  Pemerhatian
·         Saya telah melawat ke kawasan kajian iaitu Kampung Hiliran dan memerhatikan pandang darat fizikal dan budaya untuk melakar peta kawasan kajian
·         Pada 16 september 2012,jam 5.45 petang saya melihat beberapa orang penduduk kampung sedang membuang sampah di tepi jalan.
·         Pada 22 september 2012,pukul 9:45 malam saya menyaksikan peniaga pasar malam meninggalkan sisa jualan mereka di tapak pernigaaan.

Ø  Soal selidik
·         Saya telah melakukan soal selidik kepada 20 orang responden di kawasan kajian.Soal selidik tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan jenis dan kesan pencemaran  di Kampung Hiliran.

Ø  Rujukan
·         Saya telah merujuk kamus dewan untuk mengetahui definisi pencemaran alam sekitar.
·         Saya juga telah merujuk buku teks untuk mengenal pasti jenis-jenis pencemaran alam sekiatar.
·         Saya juga melayari internet  untuk mendapatkan peta daerah Kuala Terengganu.




DAPATAN KAJIAN



8.1      KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

 

8.2      JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN


Terdapat banyak pencemaran alam sekitar yang ada di kawasan kajian saya.Antaranya ialah pencemaran udara.Masalah Pencemaran udara merupakan masalah utama bagi penduduk di Kampung Hiliran.Hal ini kerana,banyak aktiviti yang menyumbang kepada pencemaran seperti kenderaan yang lalu-lalang di kampung saya.selain itu,pencemaran udara juga berpunca daripada pembakaran terbuka yang sering berlaku di kawasan tersebut.
Pencemaran bau juga berlaku di Kampung Hiliran yang berpunca daripada Pusat Rawatan Kumbahan Indah Water yang dibina berdekatan petempatan saya.Tempat tersebut menyebarkan bau yang kurang menyenangkan bagi penduduk.
Selain itu,terapat juga pencemaran bunyi di kampung saya.Bunyi bising yang berpunca dari kawasan pembinaan yang sedang dijalankan.remaja-remaja gemar membawa kenderaan dengan laju menyebabkan terhasil bunyi bising.
 

                                                  
8.3      PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN.

Antara punca pencemaran alam sekitar di Kampung Hiliran termasuklah asap daripada kenderaan yang lalu-lalang. Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.

             Di samping itu,pencemaran juga berpunca daripada pembuangan sampah-sarap. Terdapat sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.
Seterusnya,kawasan perniagaan yang dijalankan juga menyumbang kepada pencemaran. Jika kita dapat lihat, banyak peniaga pasar malam yang tidak menguruskan sampah sarap mereka setelah meniaga.Malahan,mereka meninggalkan sampah sarap mereka begitu sahaja di tapak perniagaan mereka.

Pembinaan juga merupakan punca pencemaran alam sekitar yang berlaku di kampung saya. Terdapat pembinaan rumah-rumah baru yang dijalankan di kawasan tersebut. Kadangkala selepas pembinaan, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.

Kesimpulannya,masyarakat hendaklah bersatu padu dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.
 
                                                       

8.4     KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN.

Antara kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Hiliran termasuklah tersebarnya bau busuk. Bau buruk akan terhasil apabila logi kumbahan yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Keadaan ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Selain itu,terdapat juga peningkatan suhu di sekitar kampung saya.Peningkatan suhu disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

Disamping itu,udara juga tercemar oleh sebab pencemaran udara yang meningkat.Pencemaran ini berlaku kerana asap-asap kereta yang menghasilkan gas carbon monoksida.Gas ini boleh menyebabkan seseorang keracunan dan sesak nafas.

Pendengaran juga terjejas di kawasan tersebut.Perkara ini kerana ramai remaja yang membawa kenderaan beramai-ramai dengan laju.Kawasan pembinaan juga membuat bunyi yang bising dan tidak menyenangkan.ramai penduduk yang tidak berpuas hati dengan bunyi yang bising .
Penyakit juga mudah merebak akibat pencemaran alam sekitar.Contohnya penyakit asma yang berasal dari debu yang kotor.Wabak denggi juga banyak berlaku di kawasan ini yang berpunca daripada air yang bertakung.Nyamuk aedes bertelur kerana kurang keprihatinan penduduk setempat.

Kesimpulannya,kita haruslah menjaga kebersihan agar penyakit dapat dielakkan.masyarakat juga haruslah bersikap terbuka untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
 
                                                           
8.5      CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN           ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN.

                  Terdapat banyak langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar di kawasan saya.Antara cadangan saya termasuklah dengan mengadakan kempen cintai alam sekitar.Kempen ini boleh dijalankan melalui media massa atau di kawasan – kawasan tertentu.Kempen ini mungkin akan menyedarkan masyarakat untuk menjaga bumi dan mengurangkan pencemaran.
                 Seterusnya, kerajaan mestilah memainkan peranan dengan menggalakkan penghasilan petrol tanpa plumbum.Langkah ini dapat mengurangkan pencemaran udara yang berpunca daripada asap kereta yang tidak baik untuk kesihatan.
               Selain itu,kerajaan juga haruslah mengambil tindakan tegas dalam menguat kuasa undang-undang.Jika kerajaan tegas dalam menguat kuasa undang-undang,berkemungkinan rakyat tidak akan berani melanggar undang-undang yang ditetapkan.Pencemaran juga dapat dikurangkan.
                Kanak-kanak juga perlulah diberi pendidikan alam sekitar sejak di bangku sekolah lagi.Antara subjek yang memberi pendidikan alam sekitar seperti subjek sivik,geografi dan sains.Subjek-subjek ini dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran.
             Jadi,kita haruslah prihatin dalam mengurangkan kadar pencemaran.Kerajaan juga haruslah mempunyai ketegasan dalam mentadbir Negara.


BAHAN GRAFIK

        i.            Peta minda betajuk cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
PETROL TANPA PLUMBUM
KUAT KUASA UNDANG-UNDANG
KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
 











      ii.            Jadual tersebut menunjukkan kuantiti pencemaran alam sekitar di Kampung Hiliran.


Bil
Jenis pencemaran
Contoh
Bilangan
1
udara
Pembakaran terbuka
12
2
bau
Sampah-sarap
20
3
bunyi
kenderaan
15



RUMUSAN


Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran.
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmoni dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.
Jadi, kita haruslah bekerjasama dalam usaha menangani pencemaran yang berleluasa sekarang.Suasana yang harmoni juga dapat diwujudkan dengan sikap kerjasama.



                                               RUJUKAN                 


Buku teks
Ø  Abdul Aziz Bin Abdul Rahman,Lim Jin Choon,Ratnam Karuppiah Servai,2003,Buku Teks Geografi Tingkatan 2,Percetakan Rina Sdn.Bhd,Kuala Lumpur.
Internet

Orang sumber
Ø  Jawahir Binti Zainal,40 tahun,720719035630,B6/1/2 Perumahan Polis Padang Hiliran,21100,Kuala Terengganu,Terengganu





                                                                                                                               



LAMPIRAN





BORANG SOAL SELIDIK
Tandakan ( √ ) bagi jawapan yang berkaitan.
1)      Nama:
2)      Jantina:            Lelaki                          Perempuan                     
3)      Bangsa:           Melayu             Cina      India     Lain-lain 
4)      Apakah pendapat anda tentang pencemaran alam sekitar di kawasan ini?
Serius                Serdahana                     Baik 
5)      Apakah jenis pencemaran yang berlaku di kawasan ini?
Udara  Air        Tanih    Bunyi    Bau 
6)      Patutkah kita mengadakan kempen ataupun aktiviti gotong-royng untuk memastikan pencemaran yang lebih serius tidak akan berlaku?
Ya         Tidak 
7)      Adakah kualiti antara manusia dengan alam sekitar terpelihara?
Ya         Tidak          Serdahana 
8)      Apakah cadangan anda bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar?





SOALAN TEMU BUAL
1)      NAMA:
2)      ALAMAT:
3)      UMUR
4)      NO. IC:
5)      Apakah jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian?

6)      Apakah punca pencemaran tersebut berlaku?

7)      Apakah kesan pencemaran yang berlaku kepada anda?

8)      Apakah cadangan anda bagi mengatasi masalah pencemaran yang berlaku di kawasan anda?