ISI KANDUNGAN
BIL
|
PERKARA
|
M/S
|
1
|
TAJUK
|
|
2
|
ISI KANDUNGAN
|
|
3
|
PENGHARGAAN
|
|
4
|
PENDAHULUAN
|
|
5
|
OBJEKTIF KAJIAN
|
|
6
|
KAWASAN KAJIAN
|
|
7
|
KAEDAH KAJIAN
|
|
8
|
DAPATAN KAJIAN
|
|
9
|
RUMUSAN
|
|
10
|
LAMPIRAN
|
|
11
|
RUJUKAN
|
|
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada Tuan Pengetua SMKA Sheikh Abdul Malek iaitu Puan Hajah
Rabiah Bt Abdul Samat kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja kursus
ini.
Tidak lupa juga kepada
guru Subjek Geografi saya iaitu Pn.Raja Nordiana Bt Raja Abdullah kerana telah
meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus
ini.Dengan bimbingan beliau,akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya,saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu dan bapa saya iaitu Roni Bin Mamat
dan Jawahir Binti Zainal.Mereka banyak menyokong saya dari segi moral dan memberi
inspirasi kepada saya untuk menjalankan tugasan ini.Bantuan mereka telah
memberi impak yang besar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Selain itu,saya juga mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Aiman
Najhi Bin Mohd Nazri dan Mohamad Arif Aiman Bin Mohd Shukri serta rakan
seperjuangan saya di kelas 2 Bukhari .Mereka telah banyak membantu saya dalam
tugasan ini seperti memberi idea dan dorongan untuk menjalankan tugasan ini.Semoga
bantuan mereka bernilai dan dapat digunakan untuk tugasan ini.
PENDAHULUAN
Bagi memenuhi sukatan
pelajaran Geografi,pelajar-pelajar tingkatan 2 diarahkan oleh guru mata
pelajaran Geografi masing-masing untuk menjalankan kajian bertajuk Pencemaran
Alam Sekitar.
Saya memilih Kampung
Hiliran ,Kuala Terengganu,Terengganu sebagai kawasan kajian saya kerana
merupakan tempat saya tinggal. Di kampung ini juga terdapat banyak
kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat
membangun. Selain itu,terdapat juga jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi
laluan utama untuk ke Bandar Raya Kuala Terengganu.
Setiap pelajar diminta
menyiapkan kajian ini secara individu. Masa yang diperuntukkan untuk
menjalankan kajian ini adalah selama 4 minggu.Semoga saya dapat menyiapkan
kajian ini dalam masa yang diberikan.
OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian ini termasuklah:
v
Untuk mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar
v
Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar di Kampung
Padang Hiliran
v
Mengetahui punca pencemaran alam sekitar di Kampung Padang
Hiliran
v
Mengetahui kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Padang
Hiliran
v
Memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
di Kampung Padang Hiliran
v Berusaha menerapkan
nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang saya pilih bagi melengkapkan kajian ini
ialah Kampung Hiliran,Kuala Terengganu.Kampung
ini terletak dalam Parlimen Kuala Terengganu dan diselenggara Majlis Bandaraya
Kuala Terengganu. Dahulunya, kampung ini ialah kawasan sawah padi.Kini,kawasan
ini menjadi kawasan petempatan dan perniagaan.
Kawasan ini terletak di
selatan negeri Terengganu.Kampung ini terletak di daerah Kuala Terengganu.Kampung
ini hanya berjarak 7 Kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan mengambil masa
selama 15 Minit untuk ke Bandar Kuala Terengganu.
Pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan ini ialah kaki
bukit yang beralun.Terdapat juga tanah pamah yang terdiri daripada tanah
aluvium.Terdapat beberapa pasar raya dan perumahan yang dibina dalam kampung
saya.
KAEDAH KAJIAN
Ø
Pemerhatian
·
Saya telah melawat ke kawasan kajian iaitu Kampung Hiliran dan
memerhatikan pandang darat fizikal dan budaya untuk melakar peta kawasan kajian
·
Pada 16 september 2012,jam 5.45 petang saya melihat beberapa
orang penduduk kampung sedang membuang sampah di tepi jalan.
·
Pada 22 september 2012,pukul 9:45 malam saya menyaksikan peniaga
pasar malam meninggalkan sisa jualan mereka di tapak pernigaaan.
Ø
Soal selidik
·
Saya telah melakukan soal selidik kepada 20 orang responden di
kawasan kajian.Soal selidik tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat
berkaitan jenis dan kesan pencemaran di
Kampung Hiliran.
Ø
Rujukan
·
Saya telah merujuk kamus dewan untuk mengetahui definisi
pencemaran alam sekitar.
·
Saya juga telah merujuk buku teks untuk mengenal pasti
jenis-jenis pencemaran alam sekiatar.
·
Saya juga melayari internet
untuk mendapatkan peta daerah Kuala Terengganu.
DAPATAN KAJIAN
8.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Menurut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu
perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
Takrifan
Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau
aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau
mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau
organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.
8.2 JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN
KAJIAN
Terdapat banyak pencemaran alam sekitar yang ada di kawasan
kajian saya.Antaranya ialah pencemaran udara.Masalah Pencemaran udara merupakan masalah
utama bagi penduduk di Kampung Hiliran.Hal ini kerana,banyak aktiviti yang
menyumbang kepada pencemaran seperti
kenderaan yang lalu-lalang di kampung saya.selain itu,pencemaran udara juga
berpunca daripada pembakaran terbuka yang sering berlaku di kawasan tersebut.
Pencemaran bau juga berlaku di Kampung Hiliran yang berpunca
daripada Pusat Rawatan Kumbahan Indah Water yang dibina berdekatan petempatan
saya.Tempat tersebut menyebarkan bau yang kurang menyenangkan bagi penduduk.
Selain itu,terapat juga pencemaran bunyi di kampung saya.Bunyi
bising yang berpunca dari kawasan pembinaan yang sedang
dijalankan.remaja-remaja gemar membawa kenderaan dengan laju menyebabkan
terhasil bunyi bising.
8.3 PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN
KAJIAN.
Antara
punca pencemaran alam sekitar di Kampung Hiliran termasuklah asap daripada
kenderaan yang lalu-lalang. Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar
yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6
juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan
kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan
kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.Selain itu juga,
bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam
sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan
udara semakin panas.
Di samping itu,pencemaran juga
berpunca daripada pembuangan sampah-sarap. Terdapat sebilangan masyarakat yang
membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan
perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan
menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka
membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.
Seterusnya,kawasan
perniagaan yang dijalankan juga menyumbang kepada pencemaran. Jika kita dapat lihat,
banyak peniaga pasar malam yang tidak menguruskan sampah sarap mereka setelah
meniaga.Malahan,mereka meninggalkan sampah sarap mereka begitu sahaja di tapak
perniagaan mereka.
Pembinaan
juga merupakan punca pencemaran alam sekitar yang berlaku di kampung saya. Terdapat pembinaan
rumah-rumah baru yang dijalankan di kawasan tersebut. Kadangkala selepas pembinaan,
sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Ini akan
mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan
nyamuk.
Kesimpulannya,masyarakat hendaklah bersatu
padu dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus
berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan
hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.
8.4 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN
KAJIAN.
Antara
kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Hiliran termasuklah tersebarnya bau
busuk. Bau buruk akan
terhasil apabila logi kumbahan yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan
sahaja. Keadaan ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Selain itu,terdapat juga peningkatan suhu di
sekitar kampung saya.Peningkatan suhu disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon
dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya
menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan
global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu,
banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak
normal.
Disamping itu,udara juga tercemar oleh sebab
pencemaran udara yang meningkat.Pencemaran ini berlaku kerana asap-asap kereta
yang menghasilkan gas carbon monoksida.Gas ini boleh menyebabkan seseorang
keracunan dan sesak nafas.
Pendengaran juga terjejas di kawasan tersebut.Perkara
ini kerana ramai remaja yang membawa kenderaan beramai-ramai dengan laju.Kawasan
pembinaan juga membuat bunyi yang bising dan tidak menyenangkan.ramai penduduk
yang tidak berpuas hati dengan bunyi yang bising .
Penyakit juga mudah merebak akibat pencemaran
alam sekitar.Contohnya penyakit asma yang berasal dari debu yang kotor.Wabak
denggi juga banyak berlaku di kawasan ini yang berpunca daripada air yang
bertakung.Nyamuk aedes bertelur kerana kurang keprihatinan penduduk setempat.
Kesimpulannya,kita haruslah menjaga kebersihan
agar penyakit dapat dielakkan.masyarakat juga haruslah bersikap terbuka untuk
mengurangkan pencemaran alam sekitar.
8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN.
Terdapat
banyak langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar di kawasan saya.Antara
cadangan saya termasuklah dengan mengadakan kempen cintai alam sekitar.Kempen
ini boleh dijalankan melalui media massa atau di kawasan – kawasan tertentu.Kempen
ini mungkin akan menyedarkan masyarakat untuk menjaga bumi dan mengurangkan
pencemaran.
Seterusnya, kerajaan mestilah
memainkan peranan dengan menggalakkan penghasilan petrol tanpa plumbum.Langkah
ini dapat mengurangkan pencemaran udara yang berpunca daripada asap kereta yang
tidak baik untuk kesihatan.
Selain itu,kerajaan juga
haruslah mengambil tindakan tegas dalam menguat kuasa undang-undang.Jika
kerajaan tegas dalam menguat kuasa undang-undang,berkemungkinan rakyat tidak
akan berani melanggar undang-undang yang ditetapkan.Pencemaran juga dapat
dikurangkan.
Kanak-kanak juga perlulah
diberi pendidikan alam sekitar sejak di bangku sekolah lagi.Antara subjek yang
memberi pendidikan alam sekitar seperti subjek sivik,geografi dan sains.Subjek-subjek
ini dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap
persekitaran.
Jadi,kita haruslah prihatin dalam
mengurangkan kadar pencemaran.Kerajaan juga haruslah mempunyai ketegasan dalam
mentadbir Negara.
BAHAN GRAFIK
i.
Peta minda betajuk cadangan untuk
mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN
KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
|
KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR
|
ii.
Jadual tersebut menunjukkan kuantiti
pencemaran alam sekitar di Kampung Hiliran.
Bil
|
Jenis
pencemaran
|
Contoh
|
Bilangan
|
1
|
udara
|
Pembakaran terbuka
|
12
|
2
|
bau
|
Sampah-sarap
|
20
|
3
|
bunyi
|
kenderaan
|
15
|
RUMUSAN
Memandangkan dunia
sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan
patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab
pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan
peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran.
Jika semua pihak ini
bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di
panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan
masyarakat yang harmoni dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan
teknologi negara di masa akan datang.
Jadi, kita haruslah
bekerjasama dalam usaha menangani pencemaran yang berleluasa sekarang.Suasana
yang harmoni juga dapat diwujudkan dengan sikap kerjasama.
RUJUKAN
Buku teks
Ø Abdul
Aziz Bin Abdul Rahman,Lim Jin Choon,Ratnam Karuppiah Servai,2003,Buku Teks
Geografi Tingkatan 2,Percetakan Rina Sdn.Bhd,Kuala Lumpur.
Internet
Orang sumber
Ø Jawahir
Binti Zainal,40 tahun,720719035630,B6/1/2 Perumahan Polis Padang
Hiliran,21100,Kuala Terengganu,Terengganu
LAMPIRAN
BORANG
SOAL SELIDIK
Tandakan
( √ ) bagi jawapan yang berkaitan.
1) Nama:
2) Jantina: Lelaki Perempuan
3) Bangsa: Melayu
Cina
India
Lain-lain
4) Apakah
pendapat anda tentang pencemaran alam sekitar di kawasan ini?
Serius
Serdahana
Baik
5) Apakah
jenis pencemaran yang berlaku di kawasan ini?
Udara
Air
Tanih
Bunyi
Bau
6) Patutkah
kita mengadakan kempen ataupun aktiviti gotong-royng untuk memastikan
pencemaran yang lebih serius tidak akan berlaku?
Ya
Tidak
7) Adakah
kualiti antara manusia dengan alam sekitar terpelihara?
Ya
Tidak
Serdahana
8) Apakah
cadangan anda bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar?
SOALAN
TEMU BUAL
1) NAMA:
2) ALAMAT:
3) UMUR
4) NO. IC:
5) Apakah
jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian?
6) Apakah
punca pencemaran tersebut berlaku?
7) Apakah
kesan pencemaran yang berlaku kepada anda?
8) Apakah
cadangan anda bagi mengatasi masalah pencemaran yang berlaku di kawasan anda?